Ahad, 30 September 2018

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PT3 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada minggu lepas berakhirlah kelas tuisyen PT3 di seluruh cawangan Tuisyen Hikmah. Alhamdulillah syukur kelas tersebut berjalan dengan lancar sejak bulan Januari. Kami percaya semua calon PT3 sudah bersedia menghadapi peperiksaan PT3.

Terima kasih kepada para guru dan ibubapa yang banyak membantu pelajar-pelajar dalam persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan. 

                                      



Tuisyen Hikmah mendoakan kejayaan semua calon dan semoga dengan segala usaha yang telah dilakukan anda akan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Selasa, 25 September 2018

PROGRAM SEMINAR SPM BERITA HARIAN SKOR (22 & 23 SEPT 2018)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada 22 & 23 September 2018 (Sabtu & Ahad) lepas telah berlangsungnya program Seminar SPM Berita Harian Skor di Dewan SMK TTDI Jaya Seksyen U2 Shah Alam. Hampir seramai 70 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sekitar Shah Alam dan luar Shah Alam yang menyertai program tersebut bagi persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan SPM 2018.



Program dua hari kerjasama diantara Berita Harian dan Pusat Tuisyen Hikmah ini merangkumi empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah yang menfokuskan teknik belajar secara sistematik selain kaedah menjawab soalan peperiksaan dengan berkesan.







Semoga segala ilmu dapat dimanfaatkan bagi memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

Isnin, 24 September 2018

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2018

Alhamdulillah pada hari Jumaat 21 September berakhirlah kelas terakhir UPSR di semua cawangan Tuisyen Hikmah. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ibubapa yang memberi kepercayaan kepada pihak kami untuk memberikan kelas tambahan kepada anak-anak dalam persediaan menghadapi UPSR.

Kami percaya dengan segala usaha dari semua pihak pelajar-pelajar telah bersedia untuk menduduki peperiksaan UPSR 2018. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada calon-calon UPSR dan dengan izin Allah kejayaan pasti akan dapat dikecapi. 






All the best and good luck !! 

Isnin, 17 September 2018

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN BAHAGIAN 2


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tidak lama lagi akan menjelang peperiksaan UPSR yang akan bermula 24 September 2018 diikuti dengan peperiksaan PT3 dan SPM.

Waktu-waktu sebegini sudah boleh dianggap sebagai waktu kritikal. Segala usaha adik-adik sudah hampir ke penamatnya. Tidak banyak masa yang tinggal lagi. Dengan baki masa yang ada ini ingin kami kongsikan lagi tips-tips bagi menghadapi peperiksaan.

1. Ikhlaskan niat kerana Allah SWT.

2. Mohon doa restu ibubapa dan guru untuk keberkatan ilmu.

3. Banyakkan istighfar dan berselawat untuk jiwa lebih tenang.

4. Melakukan solat sunat tahajud dan solat sunat hajat bagi memudahkan menjawab soalan.

5. Niatkan menduduki peperiksaan ini juga sebagai ibadah dan perjuangan.

6. Membaca doa sebelum menjawab peperiksaan.

Semoga dengan segala usaha dari adik-adik dan doa dari ibubapa akan membantu dalam peperiksaan. Kami di Tuisyen Hikmah akan terus mendoakan kejayaan adik-adik semua. 

Selamat menjawab soalan peperiksaan dan terus maju untuk mengejar impian anda.




Jumaat, 7 September 2018

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Peperiksaan semakin hampir. Sedar tak sedar, tak sampai beberapa minggu sahaja lagi sebenarnya. Macam mana agaknya persediaan pelajar-pelajar sekalian dalam menghadapi UPSR, PT3 dan SPM? 

🤔d
kSudah pasti para pelajar sedang sibuk mengulangkaji dan membuat persiapan. Persediaan yang betul  dan tersusun mampu membantu adik-adik dalam menghadapi peperiksaan.

Disini, kami kongsikan beberapa tips persediaan untuk adik-adik dalam menghadapi peperiksan.  Antaranya :

1. Mengulangkaji pelajaran
Pastikan adik-adik sudah mengulangkaji pelajaran lebih awal supaya semua topik dapat difahami secukupnya. Sediakan nota kecil yang mengandungi isi-isi penting supaya lebih ringkas dan difahami.

2. Buat persiapan awal
Sediakan alatan peperiksaan dan jadual peperiksaan seawal mungkin bagi mengelakkan keadaan kelam kabut yang boleh menjejaskan fokus sebelum peperiksaan.

3. Semak jadual peperiksaan
Pastikan adik-adik menyemak jadual dengan teliti bagi mengelakkan dari tersilap jadual. Catitkan masa, tempat dan masa dengan tepat.

4. Tidur awal dan rehat secukupnya
Rehat amat penting untuk adik-adik kerana ini dapat memberikan badan kita untuk lebih cergas dan 
memudahkan otak untuk fokus. Tidur secukupnya supaya tidak merasa letih di dewan peperiksaan.

5. Berdoa dan tawakkal
Setiap apa yang diusahakan perlulah diiringi dengan doa agar segala yang dilakukan dapat  dipermudahkan. Tawakkal kepada Allah kerana Dia pasti akan membantu hambaNya serta bersyukur setiap apa keputusan yang bakal diperolehi.

Diharapkan tips-tips ini dapat membantu adik-adik bagi menghadapi peperiksaan yang bakal bermula. Semoga kejayaan milik kita bersama.


Ahad, 2 September 2018

SEMINAR SPM BERITA HARIAN SKOR 2018


SEMINAR SPM BH SKOR 2018 PERINGKAT SHAH ALAM
=====================================================
🤔 Anda sedang mencari seminar SPM yang berkesan untuk anak anda?
😃 Mahu anak anda mendapat tips yang berkesan? Teknik menjawab yang betul?
Sertai Seminar SPM BH Skor khusus untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM 2018.
========================
👍👍KEISTIMEWAAN SEMINAR INI
========================
.
✔️ Penceramah berpengalaman
✔️ Lokasi Selesa
✔️ Nota yang padat
✔️ Makanan disediakan
.
Apa pelajar akan dapat dari seminar :
.
✔️ Tip menjawab soalan
✔️ Teknik menjawab secara tepat
✔️ Teknik meraih markah yang cemerlang
✔️ Teknik belajar dan menjawab di saat akhir
=======
SUBJEK:
=======
BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK & SEJARAH
=======
VENUE :
=======
SMK TTDI JAYA SEKSYEN U2 SHAH ALAM
.
======
TARIKH
======
22 & 23 SEPTEMBER 2018
SABTU & AHAD
8.00a.m.- 5.30p.m.
.
======
YURAN
======
RM122 /peserta
.
📞 Hubungi kami untuk maklumat lanjut di:
03-5541 1771
016-553 9383
atau whatsapp kami di:
012-237 7860
013-325 3369

SEMINAR UPSR SUPERKIDS 2020

  MASIH TERLALU AWAL UNTUK UPSR?? . ANAK ANDA LEMAH UNTUK SKOR?? . KENAPA TIDAK MANTAPKAN SEBELUM TERLAMBAT?? . JOM SERTAI SEMINAR UPSR...