Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tidak lama lagi akan menjelang peperiksaan UPSR yang akan bermula 24 September 2018 diikuti dengan peperiksaan PT3 dan SPM.
Waktu-waktu sebegini sudah boleh dianggap sebagai waktu kritikal. Segala usaha adik-adik sudah hampir ke penamatnya. Tidak banyak masa yang tinggal lagi. Dengan baki masa yang ada ini ingin kami kongsikan lagi tips-tips bagi menghadapi peperiksaan.
1. Ikhlaskan niat kerana Allah SWT.
2. Mohon doa restu ibubapa dan guru untuk keberkatan ilmu.
3. Banyakkan istighfar dan berselawat untuk jiwa lebih tenang.
4. Melakukan solat sunat tahajud dan solat sunat hajat bagi memudahkan menjawab soalan.
5. Niatkan menduduki peperiksaan ini juga sebagai ibadah dan perjuangan.
6. Membaca doa sebelum menjawab peperiksaan.
Semoga dengan segala usaha dari adik-adik dan doa dari ibubapa akan membantu dalam peperiksaan. Kami di Tuisyen Hikmah akan terus mendoakan kejayaan adik-adik semua.
Selamat menjawab soalan peperiksaan dan terus maju untuk mengejar impian anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan