Rabu, 16 Mei 2018

SOLAT SUNAT TERAWIH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap tahun, seluruh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana sahaja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia, memeriahkan malam-malam pada bulan yang mulia ini dengan ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini ramai pelajar yang bertanya kalau kami datang ke tuisyen pada bulan Ramadhan bila nak solat terawih. 

Sebenarnya Solat Sunat Terawih boleh dilakukan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah guru-guru dan pelajar-pelajar melakukannya selepas waktu tuisyen.

Oleh itu, kami ingin berkongsi kepada semua panduan ringkas Solat Sunat Terawih selepas kelas tuisyen.





Semoga dengan perkongsian ini sama-samalah kita menghidup dan memeriahkan malam-malam pada bulan Ramadhan yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti maksud firman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan yang lain.”

Isnin, 14 Mei 2018

WAKTU KELAS PADA BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah tinggal beberapa hari lagi menjelang bulan yang mulia bagi seluruh umat Islam iaitu Bulan Ramadhan. Ramai ibubapa yang bertanya jika ada sebarang perubahan waktu kelas sepanjang bulan Ramadhan. Sehubungan dengan itu, seperti tahun-tahun sebelum ini kelas pada bulan Ramadhan berjalan seperti biasa.


Perubahan waktu kelas adalah seperti berikut :

Kelas malam (semua cawangan) bermula 8.15 malam sehingga 10.20 malam
Kelas sabtu (Sek. 23) bermula 1.00 petang sehingga 5.15 petang

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Tuisyen Hikmah mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.


Ahad, 6 Mei 2018

BUKU DIDIK UPSR 2018

Buku Set Soalan Latihan UPSR BH Didik 2018 kini boleh didapati di cawangan Tuisyen Hikmah yang berhampiran dengan anda. Buku ini merupakan buku latihan untuk persediaan dalam menghadapi UPSR dan mengandungi soalan-soalan yang seiras dengan soalan UPSR sebenar, selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.



BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)


 BAHASA MELAYU (PENULISAN)


BAHASA INGGERIS (PEMAHAMAN)


BAHASA INGGERIS (PENULISAN)


MATEMATIK


SAINS

Dapatkan segera!!!

Stok terhad!!!

Untuk sebarang pertanyaan @ pembelian hubungi kami di:
016-553 9383
013-325 3369

Selasa, 1 Mei 2018

UJIAN 1 2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, selepas 4 bulan menjalani sesi pembelajaran di cawangan Tuisyen Hikmah pilihan pelajar hampir sebahagian topik 2018 telah dapat dihabiskan oleh guru-guru Tuisyen Hikmah.

Komitmen kami di Tuisyen Hikmah ialah menggilap potensi pelajar dalam peningkatan prestasi dan pencapaian. Insya Allah dengan komitmen dari semua pihak potensi pelajar dapat digilap dan ini membolehkan mereka mempamerkan prestasi yang memberangsangkan pada peperiksaan awam atau akhir tahun nanti.

Ujian 1 akan dijalankan pada 30 April 2018 sehingga 15 Mei 2018 mengikut jadual kelas masing-masing. Ujian 1 ini membolehkan ibubapa dapat mengetahui prestasi semasa anak-anak mereka.

Seluruh warga Tuisyen Hikmah mengucapkan selamat menjawab dan berjaya kepada semua pelajar.


SEMINAR UPSR SUPERKIDS 2020

  MASIH TERLALU AWAL UNTUK UPSR?? . ANAK ANDA LEMAH UNTUK SKOR?? . KENAPA TIDAK MANTAPKAN SEBELUM TERLAMBAT?? . JOM SERTAI SEMINAR UPSR...