Alhamdulillah pada hari Jumaat 21 September berakhirlah kelas terakhir UPSR di semua cawangan Tuisyen Hikmah. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ibubapa yang memberi kepercayaan kepada pihak kami untuk memberikan kelas tambahan kepada anak-anak dalam persediaan menghadapi UPSR.
Kami percaya dengan segala usaha dari semua pihak pelajar-pelajar telah bersedia untuk menduduki peperiksaan UPSR 2018. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada calon-calon UPSR dan dengan izin Allah kejayaan pasti akan dapat dikecapi.
All the best and good luck !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan