Jumaat, 7 September 2018

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Peperiksaan semakin hampir. Sedar tak sedar, tak sampai beberapa minggu sahaja lagi sebenarnya. Macam mana agaknya persediaan pelajar-pelajar sekalian dalam menghadapi UPSR, PT3 dan SPM? 

🤔d
kSudah pasti para pelajar sedang sibuk mengulangkaji dan membuat persiapan. Persediaan yang betul  dan tersusun mampu membantu adik-adik dalam menghadapi peperiksaan.

Disini, kami kongsikan beberapa tips persediaan untuk adik-adik dalam menghadapi peperiksan.  Antaranya :

1. Mengulangkaji pelajaran
Pastikan adik-adik sudah mengulangkaji pelajaran lebih awal supaya semua topik dapat difahami secukupnya. Sediakan nota kecil yang mengandungi isi-isi penting supaya lebih ringkas dan difahami.

2. Buat persiapan awal
Sediakan alatan peperiksaan dan jadual peperiksaan seawal mungkin bagi mengelakkan keadaan kelam kabut yang boleh menjejaskan fokus sebelum peperiksaan.

3. Semak jadual peperiksaan
Pastikan adik-adik menyemak jadual dengan teliti bagi mengelakkan dari tersilap jadual. Catitkan masa, tempat dan masa dengan tepat.

4. Tidur awal dan rehat secukupnya
Rehat amat penting untuk adik-adik kerana ini dapat memberikan badan kita untuk lebih cergas dan 
memudahkan otak untuk fokus. Tidur secukupnya supaya tidak merasa letih di dewan peperiksaan.

5. Berdoa dan tawakkal
Setiap apa yang diusahakan perlulah diiringi dengan doa agar segala yang dilakukan dapat  dipermudahkan. Tawakkal kepada Allah kerana Dia pasti akan membantu hambaNya serta bersyukur setiap apa keputusan yang bakal diperolehi.

Diharapkan tips-tips ini dapat membantu adik-adik bagi menghadapi peperiksaan yang bakal bermula. Semoga kejayaan milik kita bersama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEMINAR UPSR SUPERKIDS 2020

  MASIH TERLALU AWAL UNTUK UPSR?? . ANAK ANDA LEMAH UNTUK SKOR?? . KENAPA TIDAK MANTAPKAN SEBELUM TERLAMBAT?? . JOM SERTAI SEMINAR UPSR...