Ahad, 7 April 2019

PROGRAM KLINIK UPSR BH DIDIK FASA 1 PERINGKAT SHAH ALAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada Sabtu dan Ahad (6 & 7 April) lepas berlangsungnya program Klinik UPSR BH Didik Fasa 1 peringkat Shah Alam anjuran Berita Harian dengan kerjasama Tuisyen Hikmah. Seramai 120 peserta sekitar Shah Alam menyertai program selama 2 hari ini di SMK TTDI Jaya Seksyen U2 Shah Alam. Program ini menyediakan panduan dan kaedah belajar secara berkesan sebagai persediaan buat peserta dalam menghadapi UPSR tahun ini.






Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta dan ibubapa yang menyertai program ini. Semoga dengan apa yang dipelajari pada seminar ini akan memberikan kejayaan dan kecemerlangan kepada adik-adik dalam menghadapi UPSR tahun ini.






Kepada ibubapa yang berminat untuk menyertai program ini boleh mendaftar untuk Fasa 2 yang dijangka akan dijalankan pada bulan Julai 2019. Hubungi kami di 03-5541 1771 (Pejabat) / 016-553 9383 (Pn. Nadia) untuk maklumat lebih lanjut mengenai seminar ini.







SEMINAR UPSR SUPERKIDS 2020

  MASIH TERLALU AWAL UNTUK UPSR?? . ANAK ANDA LEMAH UNTUK SKOR?? . KENAPA TIDAK MANTAPKAN SEBELUM TERLAMBAT?? . JOM SERTAI SEMINAR UPSR...