Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada 22 & 23 September 2018 (Sabtu & Ahad) lepas telah berlangsungnya program Seminar SPM Berita Harian Skor di Dewan SMK TTDI Jaya Seksyen U2 Shah Alam. Hampir seramai 70 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sekitar Shah Alam dan luar Shah Alam yang menyertai program tersebut bagi persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan SPM 2018.
Program dua hari kerjasama diantara Berita Harian dan Pusat Tuisyen Hikmah ini merangkumi empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah yang menfokuskan teknik belajar secara sistematik selain kaedah menjawab soalan peperiksaan dengan berkesan.
Semoga segala ilmu dapat dimanfaatkan bagi memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan