Isnin, 27 Ogos 2018

PROGRAM KLINIK UPSR BH DIDIK FASA 2 (25 & 26 OGOS 2018)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada 25 & 26 Ogos 2018 (Sabtu & Ahad) lepas telah berlangsungnya program Klinik UPSR Berita Harian Didik di Dewan SMK TTDI Jaya Seksyen U2 Shah Alam. Hampir seramai 150 calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dari sekitar Shah Alam dan luar Shah Alam yang menyertai program tersebut bagi persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan UPSR 2018.

Program yang mula dianjurkan sejak tahun 1996 ini telah ramai menghasilkan calon cemerlang UPSR. Penceramah yang berpengalaman banyak membantu pelajar mengetahui teknik dan tips menjawab soalan selain memberi motivasi kepada calon dalam persediaan mereka menghadapi peperiksaan.










Program dua hari kerjasama diantara Berita Harian dan Pusat Tuisyen Hikmah ini merangkumi empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang menfokuskan teknik belajar secara sistematik selain kaedah menjawab soalan peperiksaan dengan berkesan.



Semoga segala ilmu dapat dimanfaatkan bagi memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEMINAR UPSR SUPERKIDS 2020

  MASIH TERLALU AWAL UNTUK UPSR?? . ANAK ANDA LEMAH UNTUK SKOR?? . KENAPA TIDAK MANTAPKAN SEBELUM TERLAMBAT?? . JOM SERTAI SEMINAR UPSR...