Rabu, 16 Mei 2018

SOLAT SUNAT TERAWIH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap tahun, seluruh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana sahaja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia, memeriahkan malam-malam pada bulan yang mulia ini dengan ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini ramai pelajar yang bertanya kalau kami datang ke tuisyen pada bulan Ramadhan bila nak solat terawih. 

Sebenarnya Solat Sunat Terawih boleh dilakukan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah guru-guru dan pelajar-pelajar melakukannya selepas waktu tuisyen.

Oleh itu, kami ingin berkongsi kepada semua panduan ringkas Solat Sunat Terawih selepas kelas tuisyen.





Semoga dengan perkongsian ini sama-samalah kita menghidup dan memeriahkan malam-malam pada bulan Ramadhan yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti maksud firman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan yang lain.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEMINAR UPSR SUPERKIDS 2020

  MASIH TERLALU AWAL UNTUK UPSR?? . ANAK ANDA LEMAH UNTUK SKOR?? . KENAPA TIDAK MANTAPKAN SEBELUM TERLAMBAT?? . JOM SERTAI SEMINAR UPSR...