Ahad, 17 Disember 2017

MARI SERTAI KAMI!!



Tuisyen ialah bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar (individu atau kumpulan kecil) bagi mata pelajaran tertentu. Secara amnya, tuisyen diperlukan oleh pelajar-pelajar yang lemah atau yang tertinggal dalam pelajaran. Pelajar berkenaan mungkin menghadapi pelbagai masalah seperti tidak minat belajar, tidak faham, atau tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas sehinggakan dia tertingal dalam pelajaran. Maka dalam keadaan inilah seorang pelajar memerlukan tuisyen, yakni bimbingan tambahan.


Berbeza dengan pendidikan formal di sekolah, peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar. Sebaliknya tuisyen lebih berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah. Maka peranan utama tuisyen sebenarnya adalah pelatihan.

Pusat Tuisyen Hikmah adalah salah satu pusat tuisyen yang berperanan dalam merialisasikan impian pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Maka ibu bapa yang mempunyai anak yang lemah dalam pelajaran masih boleh menarik nafas lega bagi memperbaiki mutu pelajaran anak mereka.


Tuisyen Hikmah (Pusat Tuisyen Al Hikmah) ditubuhkan pada 1998. Ia ditubuhkan untuk membantu para pelajar di sekitar Shah Alam mendapatkan pendidikan tambahan yang berkualiti dan dekat dengan rumah. Tuisyen Hikmah mula-mula beroperasi di Seksyen 18, Shah Alam dan sekarang di Seksyen 23, Shah Alam. Tahun 2018 ini ia menyambut ulangtahun ke 20.


Azam kami di Tuisyen Hikmah (TH) pada tahun 2018 ialah untuk terus menyediakan program tuisyen yang terbaik, sebagai kesinambungan kepada objektif kecemerlangan yang menjadi pegangan sejak ditubuhkan.

Jom!..sertai Pakej Tuisyen kami.

Kelas bermula pada :
2 Januari 2018
Pelbagai pakej yg menarik kami tawarkan bermula dari Tahun 3 sehingga Tingkatan 5 dengan harga yang berpatutan!!!

Untuk maklumat lanjut :
📞📞HUBUNGI KAMI SEGERA DI CAWANGAN YANG BERDEKATAN DENGAN ANDA :
TH SEKSYEN 23 : 03 5541 1771
TH KEMUNING : 016 444 7574
TH ALAM BUDIMAN : 010 257 5424
TH PINGGIRAN USJ : 03 5192 5193
EN NAIM : 013 325 3369
EN NADZMI : 012 6915134

1 ulasan:

SEMINAR UPSR SUPERKIDS 2020

  MASIH TERLALU AWAL UNTUK UPSR?? . ANAK ANDA LEMAH UNTUK SKOR?? . KENAPA TIDAK MANTAPKAN SEBELUM TERLAMBAT?? . JOM SERTAI SEMINAR UPSR...