Ahad, 21 Oktober 2018
AKAN DATANG TUISYEN PERSEDIAAN 2019
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Cuti sekolah semakin hampir.
Apa perancangan anak-anak tuan/puan cuti akhir tahun ini?
Rugi jika mereka tidak menggunakan masa cuti ini dengan sebaiknya.
Tuisyen Hikmah akan mengadakan Tuisyen Persediaan 2019 bermula November ini sehingga Disember 2018 di cawangan Seksyen 23 Shah Alam, Kemuning Greenville Seksyen 32 dan Alam Budiman Seksyen U10.
Pendaftaran akan dibuka tidak lama lagi. Nantikan.
Untuk pertanyaan hubungi kami di :
03-5541 1771
013-325 3369
012-311 8676
Sabtu, 6 Oktober 2018
TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN CUTI SEKOLAH 2019
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun mengeluarkan Takwim Persekolahan bagi sesi 2019. Takwim ini merupakan jadual persekolahan berserta cuti sekolah yang telah disusun mengikut kesesuaian bagi tahun 2019.
2 kategori telah dibuat iaitu negeri Kumpulan A dan Kumpulan B
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun mengeluarkan Takwim Persekolahan bagi sesi 2019. Takwim ini merupakan jadual persekolahan berserta cuti sekolah yang telah disusun mengikut kesesuaian bagi tahun 2019.
2 kategori telah dibuat iaitu negeri Kumpulan A dan Kumpulan B
Semoga info dan maklumat ini dapat dikongsikan bersama, terutamanya kepada pihak sekolah dan guru-guru serta ibu bapa yang ingin merancang perjalan tahun hadapan. Perancangan yang baik dan sistematik dapat meningkatkan lagi mutu kerja kearah lebih baik dan efisen.
Ahad, 30 September 2018
SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PT3 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada minggu lepas berakhirlah kelas tuisyen PT3 di seluruh cawangan Tuisyen Hikmah. Alhamdulillah syukur kelas tersebut berjalan dengan lancar sejak bulan Januari. Kami percaya semua calon PT3 sudah bersedia menghadapi peperiksaan PT3.
Terima kasih kepada para guru dan ibubapa yang banyak membantu pelajar-pelajar dalam persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan.
Tuisyen Hikmah mendoakan kejayaan semua calon dan semoga dengan segala usaha yang telah dilakukan anda akan memperoleh kejayaan yang cemerlang.
Selasa, 25 September 2018
PROGRAM SEMINAR SPM BERITA HARIAN SKOR (22 & 23 SEPT 2018)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada 22 & 23 September 2018 (Sabtu & Ahad) lepas telah berlangsungnya program Seminar SPM Berita Harian Skor di Dewan SMK TTDI Jaya Seksyen U2 Shah Alam. Hampir seramai 70 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sekitar Shah Alam dan luar Shah Alam yang menyertai program tersebut bagi persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan SPM 2018.
Program dua hari kerjasama diantara Berita Harian dan Pusat Tuisyen Hikmah ini merangkumi empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah yang menfokuskan teknik belajar secara sistematik selain kaedah menjawab soalan peperiksaan dengan berkesan.
Semoga segala ilmu dapat dimanfaatkan bagi memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.
Isnin, 24 September 2018
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2018
Alhamdulillah pada hari Jumaat 21 September berakhirlah kelas terakhir UPSR di semua cawangan Tuisyen Hikmah. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ibubapa yang memberi kepercayaan kepada pihak kami untuk memberikan kelas tambahan kepada anak-anak dalam persediaan menghadapi UPSR.
Kami percaya dengan segala usaha dari semua pihak pelajar-pelajar telah bersedia untuk menduduki peperiksaan UPSR 2018. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada calon-calon UPSR dan dengan izin Allah kejayaan pasti akan dapat dikecapi.
All the best and good luck !!
Isnin, 17 September 2018
TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN BAHAGIAN 2
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tidak lama lagi akan menjelang peperiksaan UPSR yang akan bermula 24 September 2018 diikuti dengan peperiksaan PT3 dan SPM.
Waktu-waktu sebegini sudah boleh dianggap sebagai waktu kritikal. Segala usaha adik-adik sudah hampir ke penamatnya. Tidak banyak masa yang tinggal lagi. Dengan baki masa yang ada ini ingin kami kongsikan lagi tips-tips bagi menghadapi peperiksaan.
1. Ikhlaskan niat kerana Allah SWT.
2. Mohon doa restu ibubapa dan guru untuk keberkatan ilmu.
3. Banyakkan istighfar dan berselawat untuk jiwa lebih tenang.
4. Melakukan solat sunat tahajud dan solat sunat hajat bagi memudahkan menjawab soalan.
5. Niatkan menduduki peperiksaan ini juga sebagai ibadah dan perjuangan.
6. Membaca doa sebelum menjawab peperiksaan.
Semoga dengan segala usaha dari adik-adik dan doa dari ibubapa akan membantu dalam peperiksaan. Kami di Tuisyen Hikmah akan terus mendoakan kejayaan adik-adik semua.
Selamat menjawab soalan peperiksaan dan terus maju untuk mengejar impian anda.
Jumaat, 7 September 2018
TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Peperiksaan semakin hampir.
Sedar tak sedar, tak sampai beberapa minggu sahaja lagi sebenarnya. Macam mana
agaknya persediaan pelajar-pelajar sekalian dalam menghadapi UPSR, PT3 dan
SPM?
🤔d
kSudah
pasti para pelajar sedang sibuk mengulangkaji dan membuat persiapan. Persediaan
yang betul dan tersusun mampu membantu adik-adik dalam
menghadapi peperiksaan.
Disini, kami kongsikan
beberapa tips persediaan untuk adik-adik dalam menghadapi peperiksan. Antaranya :
1. Mengulangkaji
pelajaran
Pastikan adik-adik sudah
mengulangkaji pelajaran lebih awal supaya semua topik dapat
difahami secukupnya. Sediakan nota kecil yang mengandungi isi-isi penting
supaya lebih ringkas dan difahami.
2. Buat persiapan awal
Sediakan alatan
peperiksaan dan jadual peperiksaan seawal mungkin bagi mengelakkan keadaan
kelam kabut yang boleh menjejaskan fokus sebelum peperiksaan.
3. Semak jadual
peperiksaan
Pastikan adik-adik
menyemak jadual dengan teliti bagi mengelakkan dari tersilap jadual. Catitkan
masa, tempat dan masa dengan tepat.
4. Tidur awal dan rehat
secukupnya
Rehat amat penting untuk
adik-adik kerana ini dapat memberikan badan kita untuk lebih cergas dan
memudahkan otak untuk
fokus. Tidur secukupnya supaya tidak merasa letih di dewan peperiksaan.
5. Berdoa dan tawakkal
Setiap apa yang
diusahakan perlulah diiringi dengan doa agar segala yang dilakukan dapat
dipermudahkan. Tawakkal kepada Allah kerana Dia pasti akan membantu hambaNya
serta bersyukur setiap apa keputusan yang bakal diperolehi.
Diharapkan tips-tips ini
dapat membantu adik-adik bagi menghadapi peperiksaan yang bakal
bermula. Semoga kejayaan milik kita bersama.
Langgan:
Catatan (Atom)
SEMINAR UPSR SUPERKIDS 2020
MASIH TERLALU AWAL UNTUK UPSR?? . ANAK ANDA LEMAH UNTUK SKOR?? . KENAPA TIDAK MANTAPKAN SEBELUM TERLAMBAT?? . JOM SERTAI SEMINAR UPSR...
-
PUSAT TUISYEN HIKMAH SEKSYEN 23 SHAH ALAM (IBU PEJABAT) Kepada ibubapa yang sedang mencari tuisyen berhampiran dengan Sek...
-
KELAS TUISYEN PERSEDIAAN 2019 CUTI SEKOLAH NOVEMBER-DISEMBER 2018 . . Perhatian kepada Ibubapa di sekitar Kemuning Greenvil...
-
Tahun 2019 ini Tuisyen Hikmah sudah beroperasi hampir 21 tahun. Syukur Alhamdulillah hasil usaha selama 21 tahun Tuisyen Hikmah telah berke...





















