Jumaat, 1 Jun 2018

SALAM NUZUL AL-QURAN



Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah dengan limpah dan kurnianya dapat lagi kita menghirup udara ciptaan-Nya. Pejam celik-pejam celik  sudah 17 Ramadhan dan umat Islam seluruh dunia akan menyambut NUZUL AL-QURAN DAN MENCARI MALAM  LAILATULQADAR, semoga Allah menerima ibadat kita semua.

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Rabu, 16 Mei 2018

SOLAT SUNAT TERAWIH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap tahun, seluruh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana sahaja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia, memeriahkan malam-malam pada bulan yang mulia ini dengan ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini ramai pelajar yang bertanya kalau kami datang ke tuisyen pada bulan Ramadhan bila nak solat terawih. 

Sebenarnya Solat Sunat Terawih boleh dilakukan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah guru-guru dan pelajar-pelajar melakukannya selepas waktu tuisyen.

Oleh itu, kami ingin berkongsi kepada semua panduan ringkas Solat Sunat Terawih selepas kelas tuisyen.





Semoga dengan perkongsian ini sama-samalah kita menghidup dan memeriahkan malam-malam pada bulan Ramadhan yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti maksud firman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan yang lain.”

Isnin, 14 Mei 2018

WAKTU KELAS PADA BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah tinggal beberapa hari lagi menjelang bulan yang mulia bagi seluruh umat Islam iaitu Bulan Ramadhan. Ramai ibubapa yang bertanya jika ada sebarang perubahan waktu kelas sepanjang bulan Ramadhan. Sehubungan dengan itu, seperti tahun-tahun sebelum ini kelas pada bulan Ramadhan berjalan seperti biasa.


Perubahan waktu kelas adalah seperti berikut :

Kelas malam (semua cawangan) bermula 8.15 malam sehingga 10.20 malam
Kelas sabtu (Sek. 23) bermula 1.00 petang sehingga 5.15 petang

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Tuisyen Hikmah mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.


Ahad, 6 Mei 2018

BUKU DIDIK UPSR 2018

Buku Set Soalan Latihan UPSR BH Didik 2018 kini boleh didapati di cawangan Tuisyen Hikmah yang berhampiran dengan anda. Buku ini merupakan buku latihan untuk persediaan dalam menghadapi UPSR dan mengandungi soalan-soalan yang seiras dengan soalan UPSR sebenar, selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.



BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)


 BAHASA MELAYU (PENULISAN)


BAHASA INGGERIS (PEMAHAMAN)


BAHASA INGGERIS (PENULISAN)


MATEMATIK


SAINS

Dapatkan segera!!!

Stok terhad!!!

Untuk sebarang pertanyaan @ pembelian hubungi kami di:
016-553 9383
013-325 3369

Selasa, 1 Mei 2018

UJIAN 1 2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, selepas 4 bulan menjalani sesi pembelajaran di cawangan Tuisyen Hikmah pilihan pelajar hampir sebahagian topik 2018 telah dapat dihabiskan oleh guru-guru Tuisyen Hikmah.

Komitmen kami di Tuisyen Hikmah ialah menggilap potensi pelajar dalam peningkatan prestasi dan pencapaian. Insya Allah dengan komitmen dari semua pihak potensi pelajar dapat digilap dan ini membolehkan mereka mempamerkan prestasi yang memberangsangkan pada peperiksaan awam atau akhir tahun nanti.

Ujian 1 akan dijalankan pada 30 April 2018 sehingga 15 Mei 2018 mengikut jadual kelas masing-masing. Ujian 1 ini membolehkan ibubapa dapat mengetahui prestasi semasa anak-anak mereka.

Seluruh warga Tuisyen Hikmah mengucapkan selamat menjawab dan berjaya kepada semua pelajar.


Isnin, 23 April 2018

PROMOSI SEMPENA HARI PEKERJA


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

PENGUMUMAN PENTING UNTUK SEMUA !! πŸ“’πŸ“’
πŸ“ŒBERITA BAIK UNTUK ANDA !! 
πŸ“ŒPROMOSI HARI PEKERJA !!


KELEBIHAN mendaftar di Tuisyen Hikmah:
πŸ”‘ Tenaga pengajar yang berpengalaman
πŸ”‘ Set Modul/Nota yang mantap
✔️
πŸ”‘ Suasana kelas yang selesa
πŸ”‘ Enrolmen yang sederhana di dalam kelas supaya pelajar mendapat bimbingan secara maksimum.
πŸ”‘ Yuran yang berpatutan

Dapatkan diskaun sebanyak 50% untuk yuran tuisyen jika anda mendaftar mulai hari ini sehingga 30 April 2018.

MENGAPA TUNGGU LAGI!!??
MARI DAFTAR ANAK ANDA SEGERA!!
Nak maklumat lanjut? ada sebarang soalan?
πŸ“žπŸ“ž HUBUNGI KAMI SEGERA DI CAWANGAN YANG BERDEKATAN DENGAN ANDA :
TH SEKSYEN 23 : 03 5541 1771
TH KEMUNING : 016 444 7574
TH ALAM BUDIMAN : 010 257 5424
TH PINGGIRAN USJ : 03 5192 5193
EN NAIM : 013 325 3369
EN NADZMI : 012 6915134

Khamis, 19 April 2018

PENUNDAAN KLINIK UPSR BH DIDIK FASA 1 2018


DITUNDA: KLINIK UPSR BH DIDIK FASA 1 2018 PERINGKAT SHAH ALAM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Untuk makluman Klinik UPSR BH Didik Fasa 1 2018 yang akan dijalankan di SMK TTDI Jaya Shah Alam pada 12 dan 13 Mei 2018 terpaksa ditunda ke tarikh yang baru diatas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.
Tarikh yang baru akan dimaklumkan secepat mungkin.

Sebarang pertanyaan atau makluman boleh hubungi kami di:
03-5541 1771
016-553 9383

SEMINAR UPSR SUPERKIDS 2020

  MASIH TERLALU AWAL UNTUK UPSR?? . ANAK ANDA LEMAH UNTUK SKOR?? . KENAPA TIDAK MANTAPKAN SEBELUM TERLAMBAT?? . JOM SERTAI SEMINAR UPSR...